0

AKTIVITI SEMPENA UTK, PENERIMAAN SALIB 2015

Posted by canalius on 9:53 PG
Bersempena dengan persiapan Sambutan Salib SYD4 di kampung Kiulu Baru Lumat, penduduk kampung telah bersetuju untuk membuat satu sesi perdebatan yang bertajuk "IMAN BELIA KATOLIK IBARAT PASIR DI TEPI PANTAI". Berhubung dengan perkara itu, pelajar MATRIK yang mewakili pihak pembangkang dan pelajar dari UNIVERSITI MALAYSIA SABAH (UMS) mewakili pihak kerajaan telah diminta untuk mengupas dan mendebatkan tajuk tersebut. (hanya pelajar kristian yang terlibat). Berikut merupakan nama yang mewakili pihak pembangkang Sylevester, Lawrence, Eryana sementara itu pihak kerajaan pula diwakili oleh Canalius, Viegy dan Francisca. Objektif utama adalah untuk memberikan kesedaran serta memantapkan iman kepada para belia. Terima kasih dan syukur kepada Tuhan kerana aktiviti ini dapat berjalan dengan lancar walaupun masa yang diberikan untuk membuat persiapan tidak mencukupi ekoran kesibukan yang dihadapi.

Komen saya secara peribadi adalah tidak berpuas hati dengan kupasan yang diberikan oleh pihak pembangkan disebabkan usul atau hujah yang dilontarkan kurang bukti. Bahkan mereka hanya memutarbelitkan fakta yang diberikan kepada pihak Kerajaan, tanpa mengutarakan usul baru. Hal ini menyebabkan kurangnya kupasan secara menyeluruh terhadap isu ini.

Suatu perkara yang perlu diperbaiki lagi ialah, para pengadil atau penonton harus menilai tanpa ada unsur bias atau pengadilan moral. Bahkan terima secara rohaniah tanpa melibatkan sebarang unsur emosi semata-mata. Apa yang saya lihat, semasa sesi perdebatan ini berakhir semuanya berpihak kepada pihak pembangkang yang menyatakan bahawa Iman belia bukan terletak di atas pasir seolah-olah para penonton, khususnya mereka yang terlalu taksub dengan keimanan amat akui bahawa iman belia bukan ibarat pasir di tepi pantai. Apabila diusulkan perkara ini seolah-olah adalah amat berat bagi mereka untuk menerima hakikat (kerana mereka tidak melihat dan skop penglihatan mereka sangat kabur). Harap perkara ini tidak akan berlaku lagi.

Bagaimanapun, ini adalah kali pertama sesi perdebatan ini dilakukan. Mungkin ianya masih asing lagi bagi kita dan perlu ada penambahbaikan sepenuhnya. Diharapakan apabila sesi perdebatan yang melibatkaan kerohanian kelak, mereka yang pakar perlu dialu-alukan. Sekian.

Maaf dilafazkan kepada mana-mana yang tersinggung perasaan sekiranya membaca rencana yang cukup pendek ini.

Copyright © 2016 PERSIAPAN UTK KAMPUNG KIULU BARU LUMAT . | Bloggerized by Canalius.